Skip to main content

131 - CERITA CINTA AHMAD AMMAR



Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum
 

  • Don’t judge a book by its cover. Itu kata-kata yang lazim kita dengar tidak terpakai semasa saya menjenguk satu kedai buku. 
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Berdasarkan penelitian pada kulit buku inilah saya terpaut hati untuk membeli buku ini. Walau pun, pada awal tujuan kunjungan ke kedai buku untuk membeli buku Imaan dan mencari koleksi terbaru Andrea Hirata dan Pn Roza Roslan. 
  • Buku ini disusun oleh Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) dan mengandungi beberapa pendapat daripada mereka yang sangat rapat dengan anak muda ini. 
  • Tingginya martabat seorang ibu, buku ini dimulakan dengan cerita oleh Pn Nur Azlina tentang anak tunggal lelakinya dari lahir sehingga akhir waktu beliau dipanggil menyahut panggilan Illahi. Sungguh hebat jiwa seorang ibu. Dengan penuh tulus meredhai pemergian anak yang diharap menjadi sejarahwan dunia. Sangat saya terkesima dengan sifat mulia si ibu.
     
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Begitu juga besarnya jiwa seorang ayah yang merencanakan anaknya untuk  berdakwah kepada umat. Tetapi sangat optimis bila persiapan 20 tahun berakhir pada 02.11.2013. 
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Saya tidak berniat untuk menulis siapa Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam. Google la. Kita akan temui banyak cerita tentang kebaikan anak muda ini. 
  • Memetik kata Ustaz Hasrizal, "Beliau adalah seorang insan biasa yang luar biasa. Seorang yang tidak dikenal ahli Bumi semasa hidupnya, namun menjadi ‘selebriti’ di kalangan ahli Langit dan Bumi selepas matinya.”
  • AllahuAkbar, betapa hebat peribadi Ahmad Ammar. Pemergiannya mencetus fenomena. Merangsang semangat anak muda lain untuk berakhlak baik sepertinya.  
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Benar Malaysia  kehilangan pelajar cemerlang yang mungkin menjadi cendekiawan terbilang di peringkat dunia. 
  • Tapi siapa kita untuk meramal masa hadapan. Kita cuma merancang. Perancangan keluarga Tuan Haji Ahmad Azam terhenti apabila hayat Ahmad Ammar berakhir dalam menyampaikan Risalah An nur. Perancangan Allah pasti yang terbaik. 
  • Kesimpulannya, buku ini menceritakan keperibadian Ahmad Ammar yang sangat wajar dicontohi dari sisi pandangan mereka yang rapat dan memahami perjuangan beliau yang tidak kesampaian. 
  • Bacalah, tidak rugi membeli buku ini. Sangat inspiring!
  • Saya menghabiskan buku ini dalam masa sehari. Menitik air mata membaca tulisan Pn Nur Azlina dan rasa hati seorang kakak yang kehilangan adik lelaki tunggal dalam keluarga.
  • Al Fatihah untuk Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam. Syurga untuk kamu.

Comments

Popular posts from this blog

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....