Skip to main content

133 - TALAM, GULA DAN POLITIK

Bismillahirahmanirrahim     
Assalamualaikum

Satu
Ramai orang suka makan talam.
Tapi tidak pada saya.
Mungkin bukan citarasa saya.
TAPI...
Kalau ada yang talam bermuka-muka 
Sila jangan menghampiri saya.
Saya sangat tidak suka.

Dua
Gula itu manis.
Di mana ada gula, di situ ada semut.
Bila ada semut, ada juga Ratu Semut.
Banyak manis tidak elok untuk kesihatan.
Penyumbang kepada banyak penyakit.
Manis berkata memang orang suka.
Kalau nawaitunya baik tidak mengapa.
Kalau di sebalik manis kata ada racun berbisa.
Itu bahaya.

Tiga
Saya pernah bersemuka dengan seseorang.
Yang telah mengutip pengalaman di luar negara.
Kembali ke Malaysia dan menyumbang kepada perubahan landskap negara.
Katanya dia tidak percaya kepada politik Malaysia.
Sebab itu dia tidak mendaftar sebagai pengundi.
Itu kepercayaannya.
Tapi saya seorang pengundi.
Biarpun tak jauh beza pandangan dengan dia.
Apabila ada politik di dalam pejabat.
Iklim bekerja tidak sekondusif dulu.

As a nutshell
Saya tidak mahu peduli siapa dia yang mahu mencorak diri.
Cuma saya mahu ingatkan semula.
Selagi kalimah 'LA ILAHA ILLALLAH' menjadi pegangan.
Percayalah juga sepenuh hati pada rukun iman ke enam.
Alam akhirat itu benar.
Alam barzakh itu benar.
Alam dunia cuma sementara.
Saya tiada apa-apa untuk mempertahankan diri.
Ketika di sini.
TAPI yang pasti.
Saya akan menuntut keadilan di Mahkamah Allah nanti.
Biar Tuhan Maha Adil menghakimi setiap perkara yang terjadi.

Comments

Popular posts from this blog

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula ke...

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.