Skip to main content

136 - RUMAH KECIL DI JABAL UHUD

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum

  • Buku ini saya baca bulan Januari yang lalu.
  • Saya kenal penulisnya melalui penulisan artikel beliau di dalam akhbar kosmo. Dari situ saya mula mencari siapa Pn Roza Roslan. Malahan saya pernah beremel secara peribadi kepadanya.
  • Saya dalam proses mengumpul buku-buku tulisan beliau dan suaminya. Dan ini buku pertama beliau dalam koleksi peribadi saya.
  • Penulis yang saya suka gaya tulisannya, buku-buku mereka akan terpilih dalam senarai buku must have saya. Wajib dimiliki.
  • Saya tidaklah berminat untuk review dengan terperinci.
  • Cukup saya katakan buku ini salah satu santapan rohani yang enak bagi jiwa yang mencari semula nilai Islam dalam hidup.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Buku ini lebih kepada perjalanan hidup penulis, Pn Roza Roslan mengenai kehidupan mereka di Jabal Uhud di tanah suci Madinah.
  • Ia juga berkaitan perjalanan awal sebelum penulis sekeluarga berhijrah dari Malaysia ke Kota Madinah.
  • Pelbagai cerita tentang kisah-kisah kaum keluarga dan rakan terdekat dalam usaha melunaskan Rukun Islam kelima.
  • Juga pelbagai cerita tentang tetamu-tetamu mereka di RKDJU.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Tentang kesederhanaan dalam menjalani hidup beragama.
  • Tentang hidayah.Ya,  Allah beri hidayah kepada siapa yang dikehendakiNya.
  • Beberapa tulisan Pn Roza mengenai Rukun Islam ke lima juga menggamit rasa mahu menikmati rasa menjadi tetamu Allah. (Semoga dipermudahkan niat dan urusan yang baik)
  • Sesuatu yang buat saya terfikir panjang. Ia mudah tapi saya sendiri alpa dari menjalankan tanggungjawab. Ia mengenai pakaian harian kita.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Kenapa ketika kita mahu bersolat kita perlu menggunakan telekung? Kenapa tidak kita menutup tubuh badan dengan pakaian solat ketika berhadapan dengan Allah dan manusia yang lain. Adakah dengan bertelekung baru kita ingat untuk tunduk dan berhadapan dengannya? Adakah pada waktu-waktu lain itu kita tidak diperhatikan?
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    Google
  • Buku ini turut menekankan keyakinan berdoa dan ajaibnya hasil doa.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/
  • Ia membuka mata saya untuk membuat beberapa perubahan sedikit demi sedikit. (Semoga dipermudahkan niat dan urusan yang baik)
  • Dan penutup buku ini disudahi dengan gambar-gambar penulis di Madinah. 
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...