Skip to main content

139 - FACEBOOK DAN SAYA

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum

  • Antara saya dan facebook memang tiada hubungan yang rapat.
    Permulaan hubungan pada 2008 saya kira. Tapi disebabkan saya ini kurang bersosial di laman maya maka hubungan terputus bila saya sendiri lupa kata laluan.
  • Saya teringat seorang teman pernah ketawakan saya bila saya kata saya tiada dan tidak berminat dengan facebook. Katanya  saya ketinggalan. Saya sengih. Langsung tidak ambil peduli.
  • Saya sendiri tidak ingat bila saya menyambung semula hubungan dengan facebook. Mungkin selepas berkahwin. Lupa. 
    Google
  • Saya tidak faham kerana ramai manusia terlalu obses dengan facebook. Ia ada kelebihan dan kekurangan. Saya tidak kisah orang menggunakan facebook untuk menjana kewangan. Saya tidak kisah kalau orang menggunakan facebook untuk mempengaruhi manusia lain menjadi lebih baik. Malahan facebook menghubung banyak hubungan yang lama terpisah. Ya saya bertemu semula rakan baik selepas terpisah selama 19 tahun. Itu antara kebaikan facebook yang saya suka.
  • Cuma saya sangat tidak faham kenapa ramai orang menggunakan facebook sebagai medium untuk mencaci, menghina dan memprovoke  manusia yang lain. 
  • Itu yang menyebabkan saya tidak ramai kawan di dalam facebook
  • Senarai kawan majoritinya cuma:
  1. Ahli keluarga
  2. Kawan-kawan sekolah menengah (i'm proud to be part of sharodzian)
  3. Kawan-kawan SSM
  4. Kawan-kawan akauntan batch 2008. 
  • Rakan sepejabat hanya seorang dalam senarai yang ada.
  • Ada sebab kenapa saya tidak menambah rakan pejabat dalam facebook saya. Rakan pejabat yang rapat tahulah sebabnya. Tiada rahsia cuma tak perlu disclose sebabnya di sini.
  • Saya tidak faham kenapa perlu menjatuhkan maruah orang lain. Dan lebih teruk menjatuhkan maruah diri sendiri. Semua perkara dipost di dalam facebook. Bangga kenyataan di’likes’ dan seronok ada yang melayan rasa hati. Sedangkan perkara dalam kain tak usah diheboh. Kelak mengaibkan diri sendiri.
  • Ada perkara boleh dikongsi di dalam facebook. Tapi berpada-padalah..
    Ada perkara boleh dikongsi dengan kawan. Tapi berhati-hatilah..
    Ada perkara boleh dikongsi dengan keluarga.Tapi tidak semuanya..  
  • Banyak  perkara boleh dikongsi dengan pasangan hidup. Tapi tidak semua boleh difahami..
  • SATU YANG PASTI, SEMUA PERKARA BOLEH DIKONGSI DENGAN  TUHAN YANG MENCIPTA KITA.   
  • Tanpa hijab tanpa malu tanpa berselindung.
    Luahkan dalam doa-doa kamu.
    Luahkan dalam solat-solat kamu.
    Nescaya kamu tidak perlukan facebook untuk luahan yang tidak sepatutnya.
    Cukup Allah sebagai Pendengar. Yakinlah jiwa akan tenang.
     

Comments

Popular posts from this blog

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...