Skip to main content

150 - UJI KESETIAAN

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum
  • Mencatat semula nota untuk peringatan diri seperti mana ceramah seorang Ustaz yang saya lupa siapa nama orangnya. Ceramah dalam slot Tanyalah Ustaz yang saya dengar sekali imbas ketika bersiap mahu pergi ke pejabat.
  • Kata Ustaz, 
  1. Setia seorang anak tidak akan teruji sehingga satu masa dia diminta mengasuh ibu bapa yang tidak berupaya.
  2. Setia seorang kawan tidak akan teruji sehingga dia berada pada saat susah dan senang kawan tersebut.
  3. Setia seorang hamba tidak akan teruji sehingga Allah duga dia dengan ujian di atas dunia ini.
  • Benar sangat benar.
  • Saya telah laluinya.
  • Betapa saya bersyukur saya dilahirkan dalam Islam. Saat DIA uji saya, dengan sedikit keimanan saya kembali mengadu kepada DIA. DIA uji saya kerana kelekaan saya. Walaupun banyak keluh kesah saya, DIA MAHA TAHU kenapa DIA pilih saya dan ramai mereka yang di luar sana berbanding hamba-hambaNYA yang lebih ramai.
  • Biarpun saya tidak mendapat markah yang baik dalam ujian ini sekurang-kurangnya DIA sedarkan saya sebelum DIA panggil saya pulang satu hari nanti.
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman” sedang mereka tidak diuji lagi?” (Surat Al-Ankabut, 2).

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”
 (Surah Al-Baqarah ayat 286). 

Comments

Popular posts from this blog

24 - TINDAKAN PERTAMA DAPAT KUNCI RUMAH BARU

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum.

 Ini apa yang kami buat selepas terima kunci rumah. Masuk rumah baca bismillah. Bagi salam. Lebih baik laungkan azan di setiap penjuru rumah. Kira berapa plug point yang dibekalkan pemaju. Biasanya memang limited. Dan kita kena kira berapa banyak lagi yang perlu kita tambah.Selepas tu, kami pergi Syarikat Air untuk pasangkan meter air. Masa pergi Syarikat Air,dokumen kena bawa seperti salinan kad pengenalan, salinan SNP. Macam kami, pemaju dah siap fotostatkan page mana berkaitan dan borang F serta duit pendaftaran yang secukupnya. Di Melaka kos pemasangan dan deposit cagaran air berjumlah RM110.00.Bila air dah ada, pastikan tangki telah dipenuhi air dan periksa keadaan rumah kot2 kalau ada defect. Kalau ada sila isi borang yang pemaju sediakan dan buat laporan segera. Lepas pemaju perbaiki defect yang ada baru boleh buat renovatioan, otherwise diorang takkan layan sebab nanti diorang claim defect berlaku atas kecuaian kontraktor ubahsuai yang…

169 - PENGALAMAN BERSALIN ANAK KETIGA

Bismillahirahmanirrahim