Skip to main content

151 - LUAHAN RASA

Bismillahirahmanirrahim  
Assalamualaikum
  • Akhir-akhir ini saya rasa mahu marah. Marah sangat dengan apa yang berlaku di sekeliling saya sama ada ia isu setempat atau nasional.
  • Tapi saya tak ingin ulas secara mendalam di sini.
  • Saya rasa penat, menyampah dan sakit hati.
  • Dari sekecil hal sehingga isu IMDB atau derma RM2.6b saya rasa tidak berpuas hati.
  • Saya jadi penat membaca pelbagai cerita, pelbagai penjelasan di media elektronik baik dari rakyat biasa seperti saya yang meluah rasa atau para pemimpin dan pihak berwajib. Ia menjengkelkan.
  • Terkini cerita MH370 berputar semula selepas penemuan flaperon pesawat Boeing 777. Seperti disebut seseorang lewat beberapa bulan yang lalu.. 'Jika objek sebesar syiling 50 sen dapat dikesan satelit USA, bagaimana kehilangan MH370 boleh gagal dikesan..' Ianya menimbulkan tanda tanya dan curiosity yang menjurus kepada negativity bagi rakyat marhen seperti saya.
  • Semalam di suratkhabar kisah anak 11 tahun melahirkan bayi di Negeri Sembilan. Muda sangat muda. Apa puncanya? Silap siapa?
  • Banyak kali minda saya ligat berfikir tentang masalah sosial remaja kita. Bukan kerana kes terbaru ini tapi pelbagai kes anak remaja dari kes bohsia, lari dari rumah, buang anak, rempit, rogol atau buli. Di mana silap pendidikan diberi? Saya fikir masyarakat perlu dididik dengan pendidikan agama. Ilmu mencari keberkatan rezeki dan pendekatan kepada agama. Pendidikan bermula daripada dalam rahim seterusnya di rumah juga di sekolah. Pihak berwajib perlu mencari alternatif penyelesaian kepada masalah sedia ada kerana anak-anak kecil dan anak muda ini adalah aset negara pada masa hadapan. Jika aset ini tidak terbentuk dengan akhlak mulia, generasi akan datang akan jadi rosak binasa. Generasi yang rosak akan terus membarah dan boleh menjual negara kerana tiada jati diri tiada pegangan akidah yang mantap.
  • Lihatlah pada pelbagai masalah hari ini. Jika seseorang yang tidak berhati perut sanggup meletupkan nyawa orang lain, jelas dia tiada naluri kemanusiaan. Jelas dia mampu membuat onar lebih teruk. Nyawa itu milik Allah tapi dia merampas hak orang untuk hidup.
  • Saya secara peribadi sangat bersetuju dengan teman saya. Kita ini rakyat biasa. Rakyat biasa tiada sebab untuk menerima derma dengan puluhan digit tanpa sebab. Suara rakyat diambil mudah. Rakyat menjadi marah dengan kenyataan tidak bijak beberapa pemimpin. Maka sebagai rakyat biasa, mari kita berpakat sujud kepada Allah memanjat doa agar kebenaran dan kemenangan berpihak kepada mereka yang adil dan benar. Biar negara ini aman dan makmur dengan rezeki yang halal.
  • Saya fikir para agamawan yang berani perlu menggiatkan peringatan kepada pemimpin tentang tanggungjawab dengan menjadikan Rasulullah model utama atau setidak-tidaknya mengingatkan cara pimpinan khalifah-khalifah Islam terdahulu.
  • Ya Allah, tunjukkan jalan kebenaran kepada mereka yang tersesat.
  • Ya Allah, beri keadilan kepada mereka yang teraniaya.
  • Ya Allah, jadikanlah keturunan kami zuriat kami sebagai generasi yang memiliki keimanan  yang kukuh kepadaMU, yang teguh akidah Islamnya, yang sentiasa meletakkan KAU sebagai tujuan hidup yang utama.
  • Ya Allah, jangan KAU biarkan ujian hidup memalingkan kami daripada ajaran dan perintahMU.
  • Ya Allah, hidup dan matikanlah kami dalam DinulIslam, bersaksikan KAU sebagai Tuhan Yang Esa dan Nabi Muhammad sebagai utusanMU.

Comments

Popular posts from this blog

180 - PENGALAMAN: BILA ADA ULSER DALAM MULUT SOFEA

Bismillahirrahmanirrahim Baru-baru ni(Jumaat lepas) badan Sofea dedar-dedar..  Hari Sabtu pun sama. Bila malam badan jadi panas dan suhu meningkat ke 38++͎͒ Hari Ahad kami bawa ke klinik sebab beberapa kali air liur meleleh. Hari Ahad memang banyak klinik tutup maka kami tiada pilihan selain bawa ke satu klinik di Semabok.  Saya minta doktor periksa tekak sebab experience kakaknya selalu kalau demam ada tonsil di tekak. Dan kata doktor tekaknya merah sedikit. Doktor bagi ubat antibiotik. Hari Isnin saya notice ada bintik merah di dagu. Suhu badan 37 - 38 macam tu. Malam tu pulak meragam tengah malam. Tak mahu tidur atas katil. Saya perlu berdiri dan dukung bagi dia tidur. Bila saya duduk dia boleh sedar nak menangis. Dengan ayahnya pun tak mahu. Sampai 2-3 pagi tidur tak nyenyak. Minum susu pun tak mahu. Akhirnya pukul 4.00 pagi, mak saya bawa masuk tidur dalam buaian baru lena tidur. Hari Selasa saya terpaksa EL. Kami bawa ke klinik pakar kanak-kanak. On the way  ke klinik

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula kepada pembekal. 26 keping x RM5 = RM130. Mulanya lebihan tiles ni nak pa

112 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 1

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Rekabentuk garaj Dalam entri ini , saya pernah nyatakan perancangan untuk memasang jubin rumah. Dan di sebelah ni adalah design yang kami buat untuk garaj rumah kami. Ada la beberapa design yang dibuat dan ini hasil yang telah dimuktamadkan. Beria saya cuba mendapatkan survey daripada beberapa kawan. Akhirnya, kami memilih untuk membeli tiles ini di kawasan perumahan kampung. Walaupun sebelum ini kami dah survey kilang di sekitar Malim. Pembelian ini dibuat berdasarkan perbincangan. Kedai ini menawarkan penggantian tiles yang rosak dan sekiranya terdapat lebihan tiles, tiles ini boleh dipulangkan semula. Tiles ini dibeli dengan kadar RM5.00 per unit bagi ukuran 2 x 1 dengan jumlah keseluruhan ialah RM2,500.00. Dengan bantuan tuan kedai, kami bersetuju membeli 150 unit tiles gelap + 350 unit tiles berwarna coklat cerah berdasarkan design yang dibuat dengan mengambil kira ukuran 22 x 40