Skip to main content

159 - MYCYBERSALE2015 - BUKU

Bismillahirahmanirrahim
  • Jumaat lepas masa surfing internet entah dekat laman sesawang mana saya terpaut pada link mycybersale 2015(malaysia's biggest online sale).
  • Dalam banyak list yang ada, ada beberapa yang menarik minat dengan kadar potongan yang mengiurkan. Hehe. Tapi saya cuma sempat dan membeli belah secara online pada bookcafe.com.
  • Lama tak membeli buku. Dengan tawaran harga yang mencairkan hati saya beli 14 buah buku. Ikutkan hati macam-macam mahu dibeli tetapi memandangkan bulan ni dah banyak spend untuk pelbagai expenses, maka kenalah berpada-pada dalam berbelanja. Lagipun, jangan tamak ada lagi buku dalam stok belum terbaca.
  • Proses kehamilan kali ini saya agak malas berjalan. Jadi banyak belian dibuat secara atas talian termasuk persiapan barang bayi. Walau pun, berdekatan dengan office ada je mum and baby fair.
  • Untuk belian buku ini,saya buat tempahan dan bayaran pada petang Jumaat lalu dan buku-buku ini selamat sampai ke pejabat pada hari Isnin. Perkhidmatan yang pantas dan cekap. Akak suka!
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
  • Dalam senarai buku yang dibeli saya simpan untuk bahan bacaan cuti berpantang nanti.
  • 2 tahun lalu semasa cuti berpantang Inas Sarah saya mengkhatamkan semua koleksi buku karya Ustaz Hasrizal @ SaifulIslam. Dan perancangan tahun ni saya kumpulkan naskhah Pn Roza Roslan untuk bahan bacaan bulan Disember/Januari akan datang.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
  • Antara buku yang dibeli kali ini termasuk dua buah buku mewarna untuk Imaan Maryam. Dua buah buku Andrea Hirata yang saya dah habis baca hasil pinjaman buku adik saya.Tujuan membeli sebagai bahan koleksi sebab buku-buku Andrea Hirata dalam senarai must have saya. Bila suka pada seseorang penulis, saya akan kumpul semua buku karya penulis tersebut. Bercakap pasal Andrea Hirata, baru ni ada tengok dalam tivi rancangan masakan yang hosnya Anis Nabilah. Masa tu lokasi memasak di Pulau Belitong. Pulau tersebut popular disebabkan filem Laskar Pelangi yang diadaptasi dari novel Andrea Hirata.
  • Disebabkan pembelian melebihi RM150.00 pada waktu itu, saya dapat free buku ni.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
  •  Terima kasih PTS Bookcafe!

Comments

Popular posts from this blog

60 - INAS - SATU PINJAMAN YANG SINGKAT

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Malam 06042014 - pulang daripada Aeon badan adik terasa dedar. Pukul 11 lebih ummi angkat adik dari buaian bawa masuk ke bilik utama. Adik menyusu seperti biasa dan tidur semula. Pukul 12 adik mula meragam. Ummi suapkan adik ubat demam. Adik mula tidak lena tidur. Pukul 1 lebih, ayah balik tidak lama selepas itu adik termuntah atas badan ummi. Ayah bawa adik tidur dalam buaian, adik muntah kali kedua. Badan adik panas. Ayah sejukkan badan adik dengan air asam jawa. Adik meragam tertidur dengan ummi. Adik masih mahu menyusu walaupun tidur sudah tidak lena. Pagi itu pukul 5 pagi, adik tiba-tiba menjerit ummi bingkas bangun keluar bilik. Adik menggigil kejang. Ummi mahu menangis, terkejut dan ketakutan. Ayah bangun. Ayah lantas sejukkan adik dengan air asam lagi. Adik ummi suapkan susu sementara ummi siapkan sarapan dan makanan adik sebelum ke klinik. Dalam ummi bersiap, sekali lagi adik kejang pukul 7 pagi. Kelam kabut adik kami mand...

103 - TAMAN MINI FASA 2

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum Dulu saya pernah berkongsi idea di sini.  Sebenarnya takde progress sangat pun. Entah saya tidak suka dengan rumput yang ada. Sebenarnya saya tak puas hati dengan rumput tu. Kerja yang sangat ala kadar. Jika dijejak atas tanah tepi rumah kami ni memang tidak rata. Sebab diorang cuma  letak rumput atas tanah semata-mata. Suppose ratakan kot dulu tanah tu. Dah berbukit bukau berbonggol-bonggol struktur permukaan tanah rumput kami. Dan selepas nasi menjadi bubur barulah saya terajin meng explore sedikit ilmu pengetahuan tentang rumput ni. Kena admit juga salah kami yang tak kaji dulu pengetahuan berkaitan ilmu alam ni. Natijahnya, memang rasa rugi dengan hasil sebelum ini. Ada cadangan untuk tanam rumput karpet. Tapi tetiba berminat pula dengan rumput mutiara. Jadinya buat masa ini masih review pendapat umum tentang jenis kedua-dua rumput. Sedang juga mengira bajet. Kos untuk tambah tanah. Kena pastikan kualiti tanah da...

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...