Skip to main content

162 - BUKU - TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK



Bismillahirrahmanirrahim
  • Dalam sebulan selepas pembelian buku secara online, saya telah khatamkan 3 buah buku. 
  1. Tengggelamnya Kapal Van Der Wijck oleh penulis ulung Hamka.
  2. Koleksi cerpen Tasik Madu oleh SN A.Samad Said 
  3. Creative Parenting Today
  • Saya cuma nak ulas sedikit sahaja tentang buku Hamka ini.Tengggelamnya Kapal Van Der Wijck.Buku ni memang legend. Ditulis pada tahun 1938. Hanya PTS sahaja syarikat penerbitan Malaysia yang diberi lesen untuk menerbitkan semula buku ini dengan mengekalkan bahasa Indonesia tanpa dialih bahasa ke bahasa Melayu Malaysia bagi mengekalkan keaslian buku ini. 
  • Secara ringkasnya buku ini mengisahkan tentang Zainuddin seorang anak yatim piatu hasil perkahwinan sepasang suami isteri berlainan bangsa. Beliau tidak diiktiraf sepenuhnya oleh keturunan kedua-dua ibu bapanya kerana dari bangsa yangberbeza. 
  • Dari Mengkasar (tempat asal si ibu) Zainuddin berhijrah ke Padang mencari keturunan asal arwah ayah. Dia tidak diterima sepenuhnya terasa diri sangat hina walaupun dikategorikan lelaki yang sangat budiman. Sehinggalah di sana beliau jatuh hati dengan Hayati – gadis melayu yang cantik molek peribadi dan rupa paras. Beliau lelaki yang tiada apa-apa, dihalau keluar dari kampung kerana larangan berkasih dengan Hayati.Demi cinta kepada Zainuddin yang sekian lama tidak ditemuinya, Hayati ke pekan tempat teman baiknya Khadijah untuk menatap muka Zainuddin. Khadijah yang moden mempengaruhi Hayati untuk melupakan Zainuddin dan memberi ruang untuk abangnya Aziz menghuni hati Hayati. Aziz lelaki mempunyai pekerjaan tetap tetapi hidup berfoya-foya hanya terpikat kepada kecantikan Hayati. Keluarga Aziz menghantar pinangan serentak dengan surat lamaran Zainuddin. Keluarga Hayati sepakat menerima Aziz. Zainuddin yang kecewa terlantar sakit berbulan-bulan. Muluk dan ibunya yang menjaga Zainuddin. Muluk lelaki yang menyebabkan kebangkitan Zainuddin sehingga menjadi seorang penulis disegani di Surabaya. Perkahwinan Hayati dan Aziz diuji dengan sikap Aziz yang tidak berubah dan mula jelek kepada Hayati. Aziz berhijrah mencari pekerjaan di Surabaya membawa Hayati bersama-samanya. Di Surabaya sikap Aziz tidak berubah. Takdir menemukan semula Zainuddin dan Hayati. Malahan Zainuddin yang telah hidup senang yang banyak membantu kehidupan Aziz dan Hayati. Aziz yang dibuang kerja, ditimpa sakit mulai insaf. Aziz keluar dari Surabaya untuk mencari pekerjaan lain dengan meninggalkan Hayati dalam jagaan Zainuddin dan Muluk. Walaupun surat cerai menyusul selepas itu, Zainuddin tetap tidak memperisterikan Hayati atas rasa kecewa dengan tindakan Hayati yang menolak cintanya kerana memandang kepada harta Aziz. Sedangkan pada masa itu Hayati diracuni oleh Khadijah yang mementingkan kebendaan dari cinta sejati. Selepas Hayati diceraikan dan Aziz didapati membunuh diri, Zainuddin mengarahkan Hayati pulang ke Padang menaiki Kapal Van Der Wijck. Hayati kecewa dengan sikap Zainuddin yang masih berdendam secara diam. Malang menimpa bila kapal ini tenggelam. Hayati terselamat walaupun mengalami kecederaan serius. Zainuddin menyesal dan menemui semula Hayati. Namun tidak lama selepas itu Hayati meninggal dunia di depan mata Zainuddin. Zainuddin jatuh sakit selepas itu dan meninggal dunia. Segala harta yang ada diwasiatkan kepada Muluk. 
  • Begitu kisahnya. 
  • Karya buku ini telah dipentaskan di Istana Budaya baru-baru ini. Saya tidak mengikuti sangat pandangan umum tentang watak Hayati yang dibawa Nabila Huda. Cuma tulisan  2 wartawan yang memberi komen watak Zainuddin yang sepatutnya dibawa Remy Ishak diserah kepada Amar Baharin. Khadijah ditangani Amyra Rosli dan Aziz serta Muluk ditangani Karl Shafek dan siapa entah pelakon Singapura. Saya tak pasti siapa sebenarnya yang membawa watak Aziz. Sedikit yang saya tahu pementasan melibatkan kos yang besar – tujuh digit secara keseluruhannya. Nabila kita sedia maklum pelakon hebat.Tapi Amar dikatakan tidak menjiwai sepenuhnya watak Zainuddin. Sayangnya.. Karya hebat perlu ditangani pelakon hebat bukan pelakon yang diminati menaikkan rating drama di kaca TV sahaja. Dalam senarai pelakon teater naskhah hebat ini, saya hanya mengagumi bakat lakonan Nabila Huda sahaja. Yang lain biasa-biasa sahaja. Saya pun jarang sangat menonton drama TV sekarang.

Comments

Popular posts from this blog

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula ke...

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

112 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 1

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Rekabentuk garaj Dalam entri ini , saya pernah nyatakan perancangan untuk memasang jubin rumah. Dan di sebelah ni adalah design yang kami buat untuk garaj rumah kami. Ada la beberapa design yang dibuat dan ini hasil yang telah dimuktamadkan. Beria saya cuba mendapatkan survey daripada beberapa kawan. Akhirnya, kami memilih untuk membeli tiles ini di kawasan perumahan kampung. Walaupun sebelum ini kami dah survey kilang di sekitar Malim. Pembelian ini dibuat berdasarkan perbincangan. Kedai ini menawarkan penggantian tiles yang rosak dan sekiranya terdapat lebihan tiles, tiles ini boleh dipulangkan semula. Tiles ini dibeli dengan kadar RM5.00 per unit bagi ukuran 2 x 1 dengan jumlah keseluruhan ialah RM2,500.00. Dengan bantuan tuan kedai, kami bersetuju membeli 150 unit tiles gelap + 350 unit tiles berwarna coklat cerah ...