Skip to main content

163 - MENGHITUNG HARI

Bismillahirahmanirrahim
  • Lebih kurang tinggal 5 minggu lagi sahaja menanti kelahiran Affendi Junior 3.
  1. Persiapan beg ke hospital -checked.
  2. Persiapan baju baby - checked.
  3. Set berpantang - masih mencari.
  4. Persiapan penyusuan - 50%.
  5. Cuci semua baju/peralatan baby - checked.
  • Tinggal 7 juzuk untuk dihabisi dalam tempoh yang tinggal untuk khatam kali ke 2 dalam tempoh kehamilan kali ini. Harapnya sempat. 
  • Secara jujur, agak seriau untuk bersalin lagi. Pengalaman bersalin kali pertama dan kedua memang menyakitkan. Banyak dosa ni.
  • Rasa tidak sabar untuk melihat raut wajah baby yang ini. Harap ada persamaan dengan Inas Sarah. Baik Imaan Maryam atau Inas Sarah, kedua-duanya mewarisi wajah ayah mereka.
  • Kehamilan kali ini agak memenatkan walaupun tiada masalah mabuk atau muntah di awal kehamilan. Membawa perut kali ini saya kurang keluar berjalan. Dah banyak kali orang bertanya sama ada saya sedang menunggu hari. Maaf belum lagi.
  • Kena segerakan yang mana belum selesai (item 3 & 4) awal November ini. Sama ada belian secara online atau ke kedai yang berkenaan.
  • Yang penting saya perlukan persiapan mental yang kuat. Akhir-akhir ini, sayu sangat bila teringatkan Inas Sarah. Inas Sarah dah jadi kakak...
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my

Comments

Popular posts from this blog

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula ke...

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.