Skip to main content

166 - RESEPI MUDAH - PUDING JAGUNG

Bismillahirahmanirrahim
  • Rajin benar update resepi. Update dalam blog ni adalah sebagai rujukan peribadi sebenarnya. Tak rajin nak menyalin dalam buku resepi. 
  • Resepi ni sebenarnya saya cedok dalam sharing Facebook. Saya pun tak ingat siapa kalangan kenalan FB yang share resepi ni apatah lagi tuan punya resepi. Jadinya tak dapat nak bagi kredit kepada pemunya resepi.

  • Bahan-bahan diperlukan :
Bahan A 
  1. 2 1/2 cawan air
  2. 1 cawan tepung kastard
Bahan B
  1. 1 cawan jagung dalam tin (dikisar terlebih dahulu)
  2. 1 cawan susu cair/susu segar (Masa hari kejadian saya guna susu segar, kebetulan ada stok dalam peti ais)
  3. 1/2 cawan gula pasir (kalau guna susu segar up to 3/4 cawan gula)
(Memandangkan saya guna sepenuhnya jagung tin tu, sukatan susu/tepung kastard/gula/air saya ikut ukuran tin jagung)
  • Cara-cara memasak :
  1. Campurkan bahan A, tepung kastard + air ke dalam periuk dan kacau sebati sampai hilang ketulan tepung. (Masa ni tak payah hidupkan api lagi)
  2. Kemudian, masukkan bahan B, jagung yang dikisar tadi + susu + gula ke dalam adunan di atas (langkah 1) dan panaskan dengan menggunakan api yang sederhana. Kacau sehingga pekat dan likat. Dah sebati, tutupkan api.
  3. Tuangkan adunan ke dalam bekas/loyang sebelum disejukkan di dalam peti sejuk.
  • Itu sahaja. Senang dengan bahan yang mudah. Takdan sejam dah siap.
  • Dan ini hasilnya.Gambar diambil keesokkan harinya. Heh.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/

Comments

Popular posts from this blog

180 - PENGALAMAN: BILA ADA ULSER DALAM MULUT SOFEA

Bismillahirrahmanirrahim Baru-baru ni(Jumaat lepas) badan Sofea dedar-dedar..  Hari Sabtu pun sama. Bila malam badan jadi panas dan suhu meningkat ke 38++͎͒ Hari Ahad kami bawa ke klinik sebab beberapa kali air liur meleleh. Hari Ahad memang banyak klinik tutup maka kami tiada pilihan selain bawa ke satu klinik di Semabok.  Saya minta doktor periksa tekak sebab experience kakaknya selalu kalau demam ada tonsil di tekak. Dan kata doktor tekaknya merah sedikit. Doktor bagi ubat antibiotik. Hari Isnin saya notice ada bintik merah di dagu. Suhu badan 37 - 38 macam tu. Malam tu pulak meragam tengah malam. Tak mahu tidur atas katil. Saya perlu berdiri dan dukung bagi dia tidur. Bila saya duduk dia boleh sedar nak menangis. Dengan ayahnya pun tak mahu. Sampai 2-3 pagi tidur tak nyenyak. Minum susu pun tak mahu. Akhirnya pukul 4.00 pagi, mak saya bawa masuk tidur dalam buaian baru lena tidur. Hari Selasa saya terpaksa EL. Kami bawa ke klinik pakar kanak-kanak. On the way  ke klinik

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula kepada pembekal. 26 keping x RM5 = RM130. Mulanya lebihan tiles ni nak pa

112 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 1

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Rekabentuk garaj Dalam entri ini , saya pernah nyatakan perancangan untuk memasang jubin rumah. Dan di sebelah ni adalah design yang kami buat untuk garaj rumah kami. Ada la beberapa design yang dibuat dan ini hasil yang telah dimuktamadkan. Beria saya cuba mendapatkan survey daripada beberapa kawan. Akhirnya, kami memilih untuk membeli tiles ini di kawasan perumahan kampung. Walaupun sebelum ini kami dah survey kilang di sekitar Malim. Pembelian ini dibuat berdasarkan perbincangan. Kedai ini menawarkan penggantian tiles yang rosak dan sekiranya terdapat lebihan tiles, tiles ini boleh dipulangkan semula. Tiles ini dibeli dengan kadar RM5.00 per unit bagi ukuran 2 x 1 dengan jumlah keseluruhan ialah RM2,500.00. Dengan bantuan tuan kedai, kami bersetuju membeli 150 unit tiles gelap + 350 unit tiles berwarna coklat cerah berdasarkan design yang dibuat dengan mengambil kira ukuran 22 x 40