Skip to main content

167 - RESEPI MUDAH - KEK BATIK

Bismillahirrahmanirrahim
  • Ni nak kongsi satu lagi resepi.
  • Resepi kek batik untuk kudapan seisi rumah.
  • Kalau digoogle banyak versi resepi. Tapi yang penting bagi saya MUDAH dan sedap. 
Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A
  1. 1 buku mentega
  2. 1/2 cawan susu pekat
  3. 2 cawan milo
  4. 1 peket biskut marie (patah-patahkan dahulu)
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
Bahan B - topping (optional)
  1. 1 bar coklat putih/hitam
  2.  2 sudu mentega
  3. 1/2 cawan susu pekat 
Cara - cara memasak :

Untuk bahan A
  1. Cairkan mentega dalam kuali/periuk menggunakan api yang kecil. (Saya prefer untuk potong-potong mentega terlebih dahulu sebelum hidupkan api. Sebab lebih cepat cair dan kurangkan risiko hangit kot terleka)
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
  2. Campurkan susu ke dalam mentega.
  3. Masukkan milo ke dalam campuran mentega + susu tadi.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
  4. Masukkan biskut dan kacau sebati.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan mentega.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
Untuk bahan B
  1. Masak campuran bahan B di atas dapur (double boiling) sehingga cair dan sebati. 
  2. Tuangkan bahan B yang dah siap tadi ke dalam loyang. (Saya taburkan lebihan chocolate rice yang ada dalam simpanan)
  3. Sejukkan kek batik sebelum dipotong. 
  • Untuk penyediaan bahan B memang takde gambar. Dah sakit pinggang. Hasil akhir seperti di bawah. Saya guna biskut marie perisa kopi. Saje ubah bahan. Abaikan cara potongan yang takde seni itu. Heh.
    http://ourlittleaffendijr.blogspot.my/
     

Comments

Popular posts from this blog

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula ke...

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.