Skip to main content

184 - THE POWER OF DUA

Bismillahirrahmanirrahim

  • Kita ni kadang-kadang bukanlah baik sangat pun kan. Tapi kadang-kadang perjalanan hidup kita macam smooth je. Jadi bersyukurlah. Bukan senang nak senang.
  • Dalam hidup ini jangan banyak buat masalah dengan orang. Tetapi bersyukurlah kita dikelilingi orang yang baik-baik. Dan kita tak lari daripada dikelilingi oleh orang yang tidak baik. Itulah warna hidup kan. 
  • Saya ada terdengar/mendengar seorang bijak agama berkata-kata, dalam hidup kita kadang-kadang kebaikan yang diterima adalah disebabkan ada orang lain yang mendoakan kita. Jadi jangan kedekut mendoakan orang lain.
  • Ustazah Norhafizah Musa ada menyebut doa yang baik bukan setakat doa dengan air liur tapi berdoalah dengan airmata. Dan itulah yang sebenarnya jarang kita (baca:saya) buat. Kata beliau, sampaikan doa juga untuk jiran tetangga. Semoga kita dikelilingi masyarakat yang baik-baik.
  • Doa seorang ibu amat mustajab. Tapi cepat atau lambat dimakbulkan bukan urusan kita. Satu daripada doa saya, saya selalu mohon Allah jaga keselamatan anak-anak saya. Saya ingat tahun lalu entah macam mana Imaan terjatuh dalam longkang depan rumah. Longkang itu agak dalam, kedalamannya atas paras pinggang orang dewasa. Macam nak gugur juga jantung bila kecoh anak-anak jiran menjerit. Dan SYUKUR, tiada kecederaan pada Imaan. Macam Sofea, anak kecil ini sangat lasak. Dan kadang-kadang saya cuai. Entah macam mana ada duit syiling dalam mulutnya. Mujur tak ditelan. Haish.. Bukan mudah membesarkan anak! 
  • Di antara waktu yang mustajab untuk berdoa ialah pada masa-masa ini.
  1. Sepertiga Akhir Malam
  2. Doa selepas solat
  3. Doa dalam sujud
  4. Doa pada hari Jumaat
  5. Doa ketika hendak berbuka puasa
  6. Doa malam Lailatul Qadar
  7. Doa ketika hujan
  8. Doa ketika di Padang Arafah
  • Doa sepertiga malam. Saya pernah meminta doa pada waktu ini 2 tahun yang lalu. Dan Allah makbulkan. Saya mohon kerana saya mahukannya dan saya meletak pengharapan itu kepada DIA. Semoga DIA beri saya anugerah itu jika ia terbaik untuk saya. Dan saya terima anugerah itu dengan amanah yang bukan sikit untuk saya tunaikan. Itu doa dua tahun lalu. Manusia selemah saya, meminta apabila mahu dan lama saya tidak bangun sepertiga malam. Semoga Allah memberi saya hidayah, ruang dan peluang untuk saya bangun lagi.
  • Hidup ni kan kita kena banyak mencari ilmu agama. Bukan saya mahu menunjuk bagus. Tapi dalam keadaan apa pun kita, doakanlah kesejahteraan orang lain. Sama ada mereka ada kaitan dengan kita secara langsung atau tidak. Paling mudah, jika nampak orang tengah susah di jalanan (e.g mungkin motor rosak, pakcik yang berhujan), doakanlah Allah mudahkan urusan mereka dan Allah berkati umur mereka. Sebab kita tak kan pernah tahu dalam hidup kita ni ramai orang yang mendoakan dan Allah pilih kita untuk merasai nikmat didoakan.
  • Doakan untuk mak ayah kita. Doakan supaya Allah haramkan api neraka dari menyentuhi tubuh mereka.
  • Doakan kawan-kawan yang belum mengenal Islam diberi Nur Hidayah. Semoga kita dapat temui mereka di Syurga nanti. (I really meant it)
  • Saya ada mendengar ceramah Ustaz Ahmad Dusuki (kalau tak silap). Dikatakan di akhirat nanti ada orang yang menerima banyak nikmat sehinggakan dia tertanya-tanya mengapakah Allah memberi nikmat yang melimpah ruah sedangkan dia merasakan atas dunia ini dia tidak banyak amalan baik. Rupanya nikmat itu adalah doa-doa yang tidak dimakbulkan atas dunia kerana Allah mahu memberikannya di akhirat kelak. Jadi, kalau ada doa yang kita fikir belum dimustajabkan, yakinilah sama ada doa itu bukan yang terbaik untuk kita pada masa ini atau Allah telah merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kita tanpa kita sedari.
  • Jangan lupa mendoakan untuk mereka yang terlebih dahulu pergi daripada kita. Doakan supaya mereka yang disayangi dimudahkan urusan di Alam Barzakh. Dan semoga Allah panggil kita semua dalam keadaan DIA suka untuk bertemu dengan kita.
  • Ayah - Haji Sabudin Bin Yacob - Jumaat 19.05.2016 ayah pergi menghadap Allah. Jumaat sebelum tu, ayah nak sangat solat Jumaat di masjid walaupun ayah sangat lemah. Siapa sangka ayah pergi pada hari Jumaat. Semoga Allah terangi kubur ayah. Kami tahu ayah dah lama buat persiapan menyediakan cahaya di Alam Barzakh. Semoga ayah dirahmati diberi nikmat di alam sana. Semoga Allah rezekikan kita berjumpa di Syurga nanti. Ameen.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

169 - PENGALAMAN BERSALIN ANAK KETIGA

Bismillahirahmanirrahim

24 - TINDAKAN PERTAMA DAPAT KUNCI RUMAH BARU

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum.

 Ini apa yang kami buat selepas terima kunci rumah. Masuk rumah baca bismillah. Bagi salam. Lebih baik laungkan azan di setiap penjuru rumah. Kira berapa plug point yang dibekalkan pemaju. Biasanya memang limited. Dan kita kena kira berapa banyak lagi yang perlu kita tambah.Selepas tu, kami pergi Syarikat Air untuk pasangkan meter air. Masa pergi Syarikat Air,dokumen kena bawa seperti salinan kad pengenalan, salinan SNP. Macam kami, pemaju dah siap fotostatkan page mana berkaitan dan borang F serta duit pendaftaran yang secukupnya. Di Melaka kos pemasangan dan deposit cagaran air berjumlah RM110.00.Bila air dah ada, pastikan tangki telah dipenuhi air dan periksa keadaan rumah kot2 kalau ada defect. Kalau ada sila isi borang yang pemaju sediakan dan buat laporan segera. Lepas pemaju perbaiki defect yang ada baru boleh buat renovatioan, otherwise diorang takkan layan sebab nanti diorang claim defect berlaku atas kecuaian kontraktor ubahsuai yang…

29 - UBAHSUAI RUMAH - PEMILIHAN LAMPU

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum.

Untuk sistem pencahayaan di dalam rumah, kami memilih lampu downlight LED. Kesemua lampu ini kami beli di kedai lampu eShine di Semabok, Melaka.Kenapa eShine ? Pertama - ini kedai yang menawarkan khidmat PR yang bagus. Nova lighting pun bagus tapi harga tak bagus untuk bajet kami hihi. New Style Lighting Semabok - belum tanya harga, PR dah teruk. Nak paksa beli baru boleh bagi quotation. Kedua - kontraktor ni memang selalu deal dengan kontraktor yang buat wiring rumah kami, so after sale service memang confirm dan senang sebab mereka juga kawan kepada penaja lampu pagar kami.Di bahagian ruang tamu cuma ada lampu downlight dan lampu dinding. Manakala, di ruang tengah, kami cuma pasang lampu gantung dan downlight. Di bahagian belakang rumah, kami cuma pasang 2 unit lampu kalimantang pada awning.Sementara itu, di tepi rumah kami pasang 2 unit lampu spotlight.
Di pintu pagar, lampu ini ditaja oleh rakan baik. Terima kasih Pn Chua! Di bahagian depan…