Skip to main content

Posts

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

193 - KEMATIAN YANG SANGAT DEKAT

Bismillahirrahmanirrahim Tahun ini pada 08.04.2018, genap empat tahun Inas Sarah Affendi kembali ke Rahmatullah. Bulan depan genap umurnya 5 tahun. Kejap masa berlalu. Masih lagi mengenangkan betapa hebat perancangan Allah untuk memilih kami menjadi ibu bapa yang kehilangan seorang anak. Setiap kali terbaca kisah ibu-ibu yang kehilangan anak kecil di media sosial, saya cuma mengangguk faham tentang rasa sakit rasa pedih kehilangan anak. Ramai antara kita mampu bersedih membaca kisah orang tetapi tidak ramai yang benar-benar faham tentang rasa perit tersebut. Malam 08.04.2018, saya menulis sedikit kata-kata doktor dan jururawat pada tarikh 08.4.2014 di dalam Facebook . Saya menulis bukan untuk menagih simpati tetapi berkongsi apa yang telah dialami empat tahun lalu. Rupa-rupanya pada malam yang sama, ayah Anak Syurga ini menahan sebak ketika membacakan Yaasin untuk anak kecilnya. Malam itu, airmata seorang ayah gugur di depan keluarga kecilnya hanya kerana teguran si sulung ...

192 - CARA MUDAH SUSUN BUKU SEKOLAH ANAK

Bismillahirrahmanirrahim Dah lebih dua bulan budak sekolah bari nak cerita pasal nak susun buku anak. Sibuk ok sibuk aka bizi. Sebelum start sekolah hari tu, ada la akak meng google nak mudahkan susun buku sekolah anak.  Dan akhirnya ini sistem yang diguna pakai. Memula kena la dapatkan jadual pembelajaran dari guru kelas. Dah tau berapa subjek, akak beli fail ikut bilangan subjek. Tampal nama anak, nama subjek dan kekerapan subjek tu sepanjang minggu. Jadilah macam ni. Akak beli fail ni dekat Tong Hup Melaka. Ni je fail yang rasanya bersesuaian pada masa tu. Harga pun dah tak ingat. Rasanya kurang RM10 setiap fail. Ya, memang kurang cuma tak ingat langsung berapa banyak kurangnya. Ke harganya RM6 ke bawah.. Hmm serius tak ingat. Setiap hari, akak cuma tengok pada fail nama subjek dan hari penggunaan tanpa perlu rujuk jadual waktu yang cikgu bagi. Sistem ini memang memudahkan akak dan penting juga untuk memastikan buku-buku anak terpelihara dengan baik tanpa ter...

191 - CARA MENAMPAL LENCANA SEKOLAH DENGAN MUDAH

Bismillahirrahmanirrahim 2 hari sebelum sekolah hari tu, barulah akak terhegeh nak pasang lencana di tudung sekolah Maryam. Masa tu baru beli tudung 5 pasang. Jenuh la juga nak menjahit 5 lencana. Entah macam mana terfikir nak google cara mudah pasang lencana. Terima kasih Allah kerana memberi idea bernas tersebut. Dan mujur juga barang keperluan tu semua ada kat rumah ni. Barangnya mudah je, ada 3 selain tudung dan lencana la. Gam UHU - The All Purpose Adhesive Sapu tangan kecil Kad keras Caranya sangat mudah. Picit gam dan sapu keliling lencana tu. Pastikan bahagian bucu lencana tu digam sehabis baik. Yang penting jangan gam tangan sendiri. Alas kad keras di bahagian dalam tudung. Selepas tu baru tampal lencana di atas tudung. Ini bagi mengelakkan gam tadi meresap ke bawah tudung. Basahkan sapu tangan kecil dan letakkan sapu tangan di atas lencana yang telah siap dilekatkan di atas tudung. Panaskan iron dan tekap iron di atas sapu tangan kecil supaya lencana...

190 - PERSIAPAN SEKOLAH ANAK DARJAH 1

Bismillahirrahmanirrahim 2018 anak kita baru nak masuk darjah 1. Anak orang lain dah masuk darjah 4. Nak buat macam mana, rezeki masing-masing Allah yang bagi kan. Alhamdulillah.  Imaan Maryam dah nak masuk 7 tahun. Cepat masa berlalu. 2011 punyalah payah nak keluarkan budak bertuah ni. 12 jam akak tahan contraction sakit kena induc e. 2x beb. Siapa yang pernah induce tahulah azabnya induce. 'Rezeki' akak 2x beranak kena induce . Maryam dan Sofea. Masa Sarah je tak kena, tu pun 9 jam menahan sakit. Ok bila anak kita baru nak melangkah masuk sekolah rendah, dia punya nervous takde pun. Sebab umminya percaya Imaan Maryam boleh survive . Kikiki. Cuma umminya la excited nak prepare keperluan sekolah. Dok tanya orang itu ini. Google sana sini. Allah.. mak2 dulu takde pun lorat nau. Anak depa berjaya juga jadi orang. Zaman dah berubah kawan.  Bulan 11 je kami laki bini dah mula beli baju sekolah, kasut sekolah, beg sekolah. Beli awal senang. Tak perlu berebut masa bula...

189 - TIP BELANJA BERHEMAH

Bismillahirrahmanirrahim Dalam keadaan ekonomi masa kini yang tidak berapa baik untuk poket rakyat marhaen seperti kita ni, perkara paling utama mengawal perbelanjaan adalah disiplin dan rajin. Disiplin dalam mengawal aliran tunai, maksudnya kita kena kena fokus dengan setiap nilai yang hendak dibelanjakan dan disimpan. Rajin pula sebab dalam berjimat cermat, banyak benda yang kita kena rajin usahakan. Di bawah ni tips yang akak lakukan untuk kemaslahatan kami sekeluarga. Sebagai menteri kewangan di dalam rumah, akak mengawal dan memberi khidmat nasihat kepada suami dan anak-anak dalam berbelanja. Kemain kan.. Perancangan bajet Ini perkara paling utama dalam mengawal cashflow sendiri. Pendapatan bulanan tu hendaklah disusun keutamaannya bagi mengelakkan defisit. Macam contoh di bawah. Kita kena asingkan perbelanjaan utama dan jangan lupa untuk allocate some amount  untuk saving juga. As for me , saya memang dah buat potongan gaji untuk untuk simpanan di Tabung Haji bagi...

188 - FRAME GAMBAR MURAH

Bismillahirrahmanirrahim Dalam rumah ni, kami tak banyak gantung frame sebab taknak messy dan crowded.  Ada beberapa frame yang saya beli online dari FB digantung di ruang tamu rumah dan kawasan tengah rumah. Macam khat di bawah ni saya beli kat FB, tapi bingkainya saya tempah berasingan disebabkan seller tak provide bingkai. Kos keseluruhan below RM1,000.00. Saya ada cerita dalam link ini. Frame lagi satu saya beli dengan seller yang sama RM110.00 including postage . Untuk frame di bawah ni, kalau sesiapa nak order boleh tempah dengan kami. (^_^) Ada juga frame dalam bilik anak, Encik Suami design dan  print sendiri. Sesiapa yang nak tempah frame gambar murah boleh Whatsapp 012.2364413. Untuk gambar di bawah saiz A4 tanpa bingkai RM10.00 sahaja ( exclude   postage )

187- BERCUCUK TANAM DI LAMAN SENDIRI

Bismillahirrahmanirrahim Oleh kerana terdapat sedikit tanah di tepi rumah, Encik Suami memanfaatkan tanah sekangkang kera dengan menanam beberapa pokok. Sebenarnya dari awal dahulu kami pernah menanam pokok ciku tapi atas pandangan orang lama tidak dicadangkan untuk tanam dalam kawasan rumah. Dalam masa yang sama ditanam juga pokok rambutan di luar rumah tapi kemarau awal 2014, tak menjadi pulak tanaman ini. Di belakang rumah pernah ditanam pandan, serai, limau purut dan cili. Beberapa tahun lepas tu, mati. Akhirnya Encik Suami tanam di dalam pasu. Cuma serai dan pandan kami tanam semula atas tanah dan menjadi semula. Pelbagai pokok pisang dan pandan Dan sekarang kebanyakan tanaman ditanam di dalam pasu di tepi rumah. Tanaman ini telah membuahkan hasil. Akan datang mungkin akan dialihkan ke atas tanah. Insya Allah. Pokok limau kasturi, pokok limau purut, pokok cili Anak pokok cili, terung dan bendi Dan beberapa pokok buah-buahan masih baru ditanam di atas tan...

186 - PENGALAMAN MENGINAP HOTEL DI LANGKAWI

Bismillahirrahmanirrahim Sebenarnya nak cerita pasal penginapan hotel di Langkawi masa outstation baru-baru ni. Penganjur memilih hotel Bella Vista.  Sumber : Google Cantikkan.. Tapi masa sampai indah khabar dari rupa. Kat entranc e je nampak tak proper maintain . Beberapa ekor anjing berkeliaran di kawasan hotel. Mujur bukan di lobi.  Penganjur bagi bilik single dengan katil king . Tapi bilik sempit. Space kiri kanan katil muat untuk satu sejadah dan di situ ruang untuk solat. TV yang ada kabur siarannya. Akak ni dah la pegi bawa family , memang tak selesa la jadinya. Haish.. Lif dekat wing kami tu pulak hanya satu je yang function tapi slow amat.  Cafe di blok berbeza. View mengadap laut memang lawa. Cuma tiada bumbung antara blok penginapan dan cafe . Kiranya kalau hujan, memang tak boleh la kita pegi ke cafe berkenaan sebab confirm basah walaupun kau berlari selaju Khairul Hafiz Jantan. Overall , akak bagi rate 4/10. Hotel yang tak akan dipi...

185 - MEMBELI EAMES CHAIR YANG MURAH

Bismillahirrahmanirrahim Hari tu sebelum puasa, saya terbeli (eh) 2 unit kerusi eames . Terpengaruh tengak dalam FB. Pandai no depa dok mendeko rumah masing-masing. Ramai kot yang beli eames chair ni. Maka akak rasa tercabar hehe. Maka dengan gigihnya saya pun dok meng google harga eames chair ni. Tengok harga kat lazada. Humang aii.. Pi try tengok kat tempat lain..    Akak memang la plan  (tadi kata terbeli yek ^_^) nak beli dua unit pasal terpengaruh tengok rumah orang.  Seller #1 : 1 unit eames chair without arm RM90.00. Murah kan. Try tanya harga with arm, pre order RM240/2 unit tapi ETA dalam 4 minggu.  Seller #2  : Harga 2  eames chair without arm  RM150.00. Ini lebih murah. Kalau harga with arm   pre order RM260/2 unit. Mahal la pulak. Seller #3  : Yang ni pun kena pre order . Semua pre order kot. Harga pre order RM190/2 unit tapi ETA dalam 3 minggu. Eh yang ni macam lagi bagus. Hahaha.. Tetiba ...

184 - THE POWER OF DUA

Bismillahirrahmanirrahim Kita ni kadang-kadang bukanlah baik sangat pun kan. Tapi kadang-kadang perjalanan hidup kita macam smooth je. Jadi bersyukurlah. Bukan senang nak senang. Dalam hidup ini jangan banyak buat masalah dengan orang. Tetapi bersyukurlah kita dikelilingi orang yang baik-baik. Dan kita tak lari daripada dikelilingi oleh orang yang tidak baik. Itulah warna hidup kan.  Saya ada terdengar/mendengar seorang bijak agama berkata-kata, dalam hidup kita kadang-kadang kebaikan yang diterima adalah disebabkan ada orang lain yang mendoakan kita. Jadi jangan kedekut mendoakan orang lain. Ustazah Norhafizah Musa ada menyebut doa yang baik bukan setakat doa dengan air liur tapi berdoalah dengan airmata. Dan itulah yang sebenarnya jarang kita (baca:saya) buat. Kata beliau, sampaikan doa juga untuk jiran tetangga. Semoga kita dikelilingi masyarakat yang baik-baik. Doa seorang ibu amat mustajab. Tapi cepat atau lambat dimakbulkan bukan urusan kita. Satu daripada doa saya,...