Skip to main content

49 - DOA SELAMAT BUAT PENUMPANG DAN ANAK KAPAL MH370

Bismillahirahmanirrahim        
Assalamualaikum

Ini doa yang dititipkan semasa majlis bacaan yaasin dan tahlil jumaat minggu lepas seperti entri hari tersebut.

Saya jumpa di sini dan cuma copy paste.


Doa Selamat Buat Penumpang Dan Anak Kapal MH370
 
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
 اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالمَيْنَ حَمْداً يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَا رَبَّناَ لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِى لِجَلاَلِ وَجْهِكَ الْكَرِيْمِ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلىَ ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
اللَّهُمَّيَا مُنْزِلَ الْبَرَكَةِ والْرَّحْمَةِ وَيَامُجِيْبُ السَّاءِلِيْنَ
Ya Allah, Yang melimpahkan barakah dan rahmatserta Yang menunaikan segala permintaan.
Kami memohon darimu agar engkau  menetapkan satu ketetapan yang terbaik, buat saudara-saudara kami yang telah pergi bermusafir dan juga yang menunaikan tugas dalam penerbangan pesawat MH370, yang kini masih lagi hilang dan terlindung dari zahir pandangan dan pengetahuan kami.
اللَّهُمَّيُحيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيءٍ قَدِيرٌ
Ya Allah Yang Berupaya Menghidup dan Mematikan, dan Berkuasa Atas Segala Sesuatu.
Andainya masih ada desah nafas Kau izinkan buat mereka di sana, maka panjangkanlah umur dan jiwa mereka, agar ada kesempatan untuk mereka mengucup tangan memeluk kami, melepas rindu yang tak tertanggung oleh kami, lalu memanjat kesyukuran padaMu dan membesarkan kekuasaan Mu Ya Rabbi. Andai di sana mereka dalam ujian atau kepayahan, berilah keteguhan iman, kesihatan jasad dan kekuatan perasaan, agar mereka tetap kuat tabah menghadapi segalanya yang telah ditetapkan. Bantulah mereka, lindungilah mereka dan tunjukkanlah jalan serta keupayaan, untuk mereka selamat menuju jalan pulang.
 
Ya Allah,  andainya ruh mereka telah tenang dalam dakapan rahmatMu Tuhan, maka kembalikanlah mereka, temukanlah jua kami dengan jasad mereka walau bagaimana apa jua pun Engkau kembalikan, agar hak mereka dapat kami sempurnakan, sebagai bakti terakhir buat mereka yang tetap kekal dalam kecintaan.
اللَّهُمَّ يَا رَحمَنُ يَا رَحِيمٌ
Ya Allah berikanlah kami ketabahan dan kecekalan, rasa redha akan ketentuan, khusus kepada waris yang merasa kehilangan, isteri, anak, ibu dan ayah mereka yang berdoa penuh harapan, sebak dalam tangisan, menunggu dalam keresahan yang setia menanti akan satu kepulangan. Biar dada rasa sesak, jiwa rasa sebak, namun bayang mereka seolah nampak. Biar masih jauh yang kami rasa, namun hati kami tetap merasa dekat, jiwa bertaut rapat, dan akan ketemu nanti.
اللَّهُمَّ يَا عَزِيْزُ يَا قَهَّارُ وَيَا سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Ya Allah, Yang Maha Gagah  lagi Perkasa, Yang  Maha Mendengar Lagi Mengetahui
Ihsanilah kami, tunjukkanlah kekuasaanMu, singkapkanlah tabir yang menghalang ilmu dan pandangan, agar mereka semua dan pesawat yang hilang akan segera ditemukan. Tamatkanlah segala pencarian dan usaha kami, dengan kejayaan yang mampu menyedarkan kami akan takdir dan besarnya kuasaMu, luasnya rahmat dan kasihMu kepada hamba-hambaMu yang lemah ini. Buat semua pasukan dalam operasi mencari, berilah mereka keupayaan, tunjukkanlah mereka segala petanda dan jalan, agar operasi pencarian menemui kejayaan. Jangan biarkan kami dalam kebuntuan, lemah semangat dan putus harapan, dalam mencari di segenap ruang lautan dan daratan. Hanya padaMu kami sandarkan doa dan harapan.
رَبَّناَ ءَاتِناَ مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّءْ لَنَا مِنْ أَمْرِناَ رَشَدًا رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَالْسَلاَمُ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Comments

Popular posts from this blog

194 - KADANG-KADANG

Bismillahirrahmanirrahim Menikmati indahnya alunan suara imam, gema zikir dan sayunya doa diaminkan ahli masjid pun dah terasa indah dan nikmat. Apatah lagi mereka yang telah diberi rezeki mengunjungi Masjidil Haram. Nikmatnya pasti jauh lebih hebat. Dan kerana itu tiada orang yang tak merindui Tanah Suci itu. Semoga kita dipilih Allah untuk menerima kad jemputanNya suatu hari nanti. Amin.

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

195 - RECAP 2018

Bismillahirrahmanirrahim  2018 memang dah tak rajin nak menulis dalam blog ni. Kadang-kadang ada benda yang nak ditulis tapi takde masa nak mengarang. Ada juga keinginan dulu untuk tulis 1 bulan 1 entri. Tapi tu angan-angan mak jemah jelah. Mac 2018 : Sofea warded . Sofea tiba-tiba kena sawan dekat rumah. Allah je tau luluh hati ni. Sampai Hospital Putra doktor kata Sofea kena Influenza A. 3 hari 2 malam warded .  Mei 2018 : PRU 14 yang memberi impak besar kepada semua orang sehingga hari ni kot. Secara peribadi PRU 14 memang aura dia lain macam untuk diri sendiri. Akak pun tak ingat dah berapa kali akak memangkah tapi inilah kali pertama akak risau nak mengundi. Dia punya risau tu menyebabkan akak agak gigih membaca pandangan umum dalam sosial media. Dan tidaklah pernah terjadi dalam hidup ni, akak minta Allah lorongkan hati untuk memangkah pemimpin yang betul. Celaru betul. Dan ingat lagi 9 Mei 2018, dia punya semangat nak keluar rumah ke tempat mengundi memang la...