Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum
Assalamualaikum
- Dulu saya pernah berkongsi idea di sini.
- Sebenarnya takde progress sangat pun.
- Entah saya tidak suka dengan rumput yang ada. Sebenarnya saya tak puas hati dengan rumput tu. Kerja yang sangat ala kadar.
- Jika dijejak atas tanah tepi rumah kami ni memang tidak rata. Sebab diorang cuma letak rumput atas tanah semata-mata. Suppose ratakan kot dulu tanah tu. Dah
berbukit bukauberbonggol-bonggol struktur permukaan tanah rumput kami. - Dan selepas nasi menjadi bubur barulah saya terajin mengexplore sedikit ilmu pengetahuan tentang rumput ni.
- Kena admit juga salah kami yang tak kaji dulu pengetahuan berkaitan ilmu alam ni. Natijahnya, memang rasa rugi dengan hasil sebelum ini.
- Ada cadangan untuk tanam rumput karpet. Tapi tetiba berminat pula dengan rumput mutiara. Jadinya buat masa ini masih review pendapat umum tentang jenis kedua-dua rumput.
- Sedang juga mengira bajet. Kos untuk tambah tanah. Kena pastikan kualiti tanah dan rumput sebab ada kes kualiti tanah juga menyumbang kepada masalah rumput lalang dan kulat/haiwan perosak. Taknak jadi macam sekarang, cepat lalang merebak di bahagian belakang rumah.
- Dan ini hanya landskap baru. Sikit je sementara nak memikirkan proses penanaman semula rumput yang entah bila tu kan.
- Dalam pada itu, seorang kawan ni tetap gigih memberi tambahan bunga ros jepun walaupun hakikatnya ia tidak berapa menjadi sebelum ini.
- Empat pokok di atas masih belum ditanam sehingga kini. Nanti ye. Perancangan sudah ada pelaksanaan sahaja belum dibuat. Oh ya, gambar ini diambil waktu petang. Dikatakan ros jepun mengembang pada waktu pagi.
- Ini ros jiran sebelah. Dibeli pada hujung Ramadhan. Kata si Imaan cantik pokok ayah tanam. Semua pokok ayah dia tanam walaupun di halaman orang. Dan sekiranya kami melintasi mana-mana nursery dia akan beritahu ayah pergi beli pokok dekat situ.
- Dan ini kawasan asal ros jepun yang tidak menjadi. Mahu salahkan kondisi tanah haha.
Saya pun tengah cari idea nak tanam rumput. Tapi still tak tahu jenis mana yang sesuai. Thanks for sharing.
ReplyDeleteBiasa orang tanam rumput mutiara atau rumput karpet. Kena kaji pros n cons dulu. Tapi saya mahu mencuba rumput mutiara dulu. Harap menjadi..
Deletecantik nyer ... tempat nak menanam bunga pon banyak ;) dtg dari segmen
ReplyDeletehttp://susunatursioca.blogspot.com/ laman/garaj
bw ;)
Ala biasa je. Tunggu masa sesuai untuk tanam rumput baru, lepas tu baru nak tambah koleksi pokok.
Deleteapa kata awak main batu-batu mcm taman mini jepun, jal tanam berselelerak, tanam di sudut2 aje,nampak lebih kemas dan tersusun.main bongsai sikit.
ReplyDeleteTerima kasih atas idea tersebut.
DeleteKreatif..cantik lanskap baru tu..
ReplyDeleteSalam pkenalan..
Bw Smbil mncari idea tuk diri sendri..
Salam kenal juga.
DeleteSaya pun klu rajin BW juga mencari idea.
suka tgk pokok yg digantung tepi pagar tu..
ReplyDeletecantik kan..
DeleteHihihi kita jiran.....pokok ros jepun rumah jiran awak tu ialah saya.....salam perkenalan. +_______________+
ReplyDeleteEh.. Salam kakak jiran sebelah (^_^)
Deletehahahahaa....tetiba nak tergelak pula baca komen Qasih Mama.....berjiran rupanyaaa gituhhhhh.........;D:D:D:D
ReplyDeletebtw, luasla tanah tepi akk...puas hati nak mendeko2...:))
Hehe tu la tiba-tiba jiran menegur di alam maya.
DeleteLuas tu takde la sangat. Encik suami yang rajin menanam pokok ni. Akak tukang komen je.. hihi