Skip to main content

30 - TIPS MENJAGA DAPUR

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum.

Ini adalah beberapa tips yang saya baca dan cari di internet serta pengalaman sendiri :
  • Menjaga kebersihan dapur memasak
Selepas memasak, kita hendaklah membersihkan dapur yang digunakan tidak kiralah jenama apa dapur yang digunakan. Ini adalah untuk memastikan tiada kotoran dan kuman yang membiak di dapur kita. Kebiasaannya selepas memasak, saya dengan segera akan membersihkan dapur saya. Tetapi baru-baru ini saya ada terbaca di dalam blog, dapur masak tidak boleh dibersihkan dalam keadaan dapur tersebut masih panas kerana ini boleh menyebabkan permukaan dapur tersebut rosak dan pecah. Rujuk di sini. Saya tidak pasti jika kualiti ssuatu jenis dapur memainkan peranan kerana menurut tuan blog dan rakan pemberi komen, kebetulan mereka menggunakan jenama yang sama. Sebelum ini saya pernah membuat carian mengenai beberapa jenis dapur, dapur yang dimaksudkan itu juga mempunyai prestasi yang kurang memuaskan. Untuk saya, saya menggunakan jenama Tuscani. Saya tak pastilah pro dan kontra dapur jenama ini kerana pembelian dapur ini dibuat agak tergesa-gesa dan tidak berapa berhemah.
Tuscani

  • Membersihkan peralatan dapur
Perkara ini ada dikongsikan di dalam entri sebelum ini. Rujuk di sini. Selain itu, untuk membersihkan peralatan seperti kuali dan periuk yang degil kesan kotorannya, saya biasa akan merendam dengan serbuk sabun dan dicampur dengan air panas. Selain daripada kotoran mudah dibersihkan, ia juga mempercepatkan tempoh masa untuk mencuci kerana tidak perlu rendam terlalu lama.Manakala untuk membersihkan sinki biasanya saya mencuci mengunakan soda bikarbonat. Cuma perlu taburkan soda tersebut di dalam sinki dan bahagian tepi sinki tanpa perlu campur dengan air memandangkan keadaan sinki tersebut biasanya memang sentiasa dalam keadaan basah/lembap dan gosok sahaja.
  • Menyediakan bakul sampah bertutup
Ini amat penting kerana dapat mengelakkan bau yang kurang enak di dapur kita selain menjaga kebersihan kerana kebarangkalian sampah untuk jatuh keluar adalah rendah. Untuk saya, kelebihan menggunakan bakul samaph berpenutup juga menghalang anak kecil saya daripada menyelongkar sampah kerana si kecil Inas bila ke dapur dalam walker suka pegang bakul sampah.
  • Memeriksa tarikh luput makanan
Pemeriksaan ini perlu bagi memastikan tiada makanan yang tamat tempoh yang boleh mengakibatkan keracunan makanan, makanan rosak yang berulat dan sebagainya. Pemeriksaan ini mungkin boleh dibuat pada setiap hujung minggu kerana pada masa inilah ibu bekerjaya mempunyai lebihan masa untuk membelek dapur masing-masing.
  • Sistem pengudaraan yang baik
Adalah lebih baik jika kita dapur memasak yang ada mempunyai salur udara penyerap haba. Atau jika tidak bukalah tingkap atau pintu di bahagian dapur anda bagi mengelakkan aroma masakan melekat di dalam rumah terutamanya bila memasak makanan yang bercili. Aromanya biasa menangkap deria bau si tukang masak dan ahli rumah yang lain yang mana boleh mendatangkan  bersin berpanjangan.
  • Pastikan keselamatan 
Selepas menggunakan peralatan elektrik dan gas, pastikan semua peralatan telah ditutup. Selain itu, pastikan juga lantai dapur bebas daripada minyak atau basah di kawasan sinki terutamanya kerana kemungkinan untuk tergelincir tetap ada jika tidak diberi perhatian dengan baik. Tidak sedikit kes kebakaran yang berlaku disebabkan litar pintas dan kebocoran gas dapur. Ingat malang tidak berbau, jadinya berhati-hatilah selalu.
Sumber : Kosmo

  • Ruang dapur yang selesa
Tidak salah untuk menghias dapur kita tapi biarlah dalam kuantiti yang minimal. Ini supaya hiasan tersebut tidak menjadi punca kepada masalah logistik seperti penempatan makanan dan minuman. Pastikan juga ruang dapur cukup selesa untuk laluan supaya tidak timbul masalah berlaga di dapur atau tertumpahnya makanan/minuman kerana lokasi penempatan yang tidak strategik.
Dapur saya (^_^)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

114 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 2

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Ini siri kedua selepas yang ini . Siap bersiri bagai.. Ini entri untuk kemaskini gambar projek memasang jubin garaj rumah kami. Alhamdulillah dah selesai pun projek ni. Terima kasih Allah atas nikmat rezekiMU. Proses kerja yang dilakukan ambil masa 8 hari. Saya rasa reasonable time dengan tenaga kerja yang hanya dua orang sahaja (sepasang suami isteri). Ini sebahagian gambar yang ada. Gambar-gambar selepas siap kerja tapi lantai belum dicuci, jadi abaikan saja kekotoran yang jelas itu. Kami dinasihatkan cuci selepas 3 hari menggunakan asid dan sabun serbuk. Bahagian parkir kereta Sisi rumah 1 Sisi rumah 2 Gambar sisi tu sama je.  Antara bahagian sisi dan tengah rumah tempat parkir kereta sebenarnya ada longkang kecik. Tapi uncle tu tutup. Tu yang bertingkat sikit gambar bawah ni. Lebihan tiles yang dipulangkan semula ke...

37 - PERANCANGAN UNTUK MINI LANDSKAP

Bismillahirahmanirrahim    Assalamualaikum Tanah di tepi rumah kami ada la berlebihan beberapa kaki persegi. Encik suami ada plan untuk letak gazebo. Tapi susah dan belum jumpa pembuat gazebo di Melaka. Masa Home Fair pernah la survey tapi takde info. Pernah juga bertanya-tanya di Galeri Produk Penjara depan Kompleks KDN Ayer Keroh kot ada jual ke. Kat situ macam-macam produk penjara yang dijual, dari kraftangan dan peralatan untuk landskap pun ada dari penjara pelbagai negeri. Kata PIC kat situ, kat Kelantan ada buat tapi diorang takde supply ke luar sebab demand kat sana pun dah tinggi. Gazebo ni mahal. Paling tau pun ada jual kat sungai buluh. Kot campur transportation cost memang kena bajet lebih la.  Tapi sebab takde la beria-ia nak dan dan tu gak kan so kita KIV dulu la. Nice and simple Hari tu masa tengok harga pokok pun boleh tahan la kalau nak pokok yang sedang-sedang membesar ni. Kalau jenis sabar, beli la anak pokok dulu kos pun murah....

112 - PEMASANGAN JUBIN GARAJ RUMAH SIRI 1

Bismillahirahmanirrahim                       Assalamualaikum Rekabentuk garaj Dalam entri ini , saya pernah nyatakan perancangan untuk memasang jubin rumah. Dan di sebelah ni adalah design yang kami buat untuk garaj rumah kami. Ada la beberapa design yang dibuat dan ini hasil yang telah dimuktamadkan. Beria saya cuba mendapatkan survey daripada beberapa kawan. Akhirnya, kami memilih untuk membeli tiles ini di kawasan perumahan kampung. Walaupun sebelum ini kami dah survey kilang di sekitar Malim. Pembelian ini dibuat berdasarkan perbincangan. Kedai ini menawarkan penggantian tiles yang rosak dan sekiranya terdapat lebihan tiles, tiles ini boleh dipulangkan semula. Tiles ini dibeli dengan kadar RM5.00 per unit bagi ukuran 2 x 1 dengan jumlah keseluruhan ialah RM2,500.00. Dengan bantuan tuan kedai, kami bersetuju membeli 150 unit tiles gelap + 350 unit tiles berwarna coklat cerah ...