Skip to main content

Posts

170 - KANDIL DI KAKI GUNUNG

Bismillahirahmanirrahim Pada asalnya, saya  mahu menghabiskan bacaan buku Pn Roza Roslan sepanjang tempoh berpantang. Namun buku Travelog Cinta Abadi, Masa Yang Berlalu saya mulakan  awal sebelum bersalin. Buku ini dibahagi kepada beberapa bab yang mempunyai kesinambungan tentang kisah zaman kecil penulis. Zaman kanak-kanak penulis, anak kedua dalam 7 beradik. Beliau memegang tanggungjawab besar dalam menjaga adik-adik ketika kakak sulung melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh. Saya mengagumi bagaimana penulis begitu berdikari menjadi ketua keluarga bilamana si ibu tidak sihat selepas melahirkan anak ketujuh dan abah yang sibuk dengan mencari rezeki keluarga. Beliau menjadi emak dalam menyediakan makanan harian untuk adik-adik. Memanjat pokok untuk mendapatkan buah-buahan di kebun ayah untuk dijual di tepi jalan. Penulis juga menceritakan tentang hubungan kekeluargaan dengan nenek yang dipanggil Mak Wa serta hubungan dengan rakan di sekolah. Dalam setiap...

169 - PENGALAMAN BERSALIN ANAK KETIGA

Bismillahirahmanirrahim Jumaat 20.11.2015, saya dah rasa letih membawa perut malahan semasa mesyuarat LNPT petang itu saya dapat rasakan perut saya mengeras. Petang yang sama semasa bersembang dengan rakan pejabat, setiausaha Pengarah ada menyatakan entah-entah saya yang bersalin dahulu sebelum seorang staf yang dijangkakan bersalin minggu berikutnya. Mengikut pengiraan, saya ibu terakhir yang akan bersalin dalam senarai ibu hamil tahun 2015.  Minggu sebelum itu mak ada tawarkan untuk menjaga Imaan dan   saya boleh berulang alik daripada pejabat ke rumah sehingga tarikh jangkaan bersalin pada 11.12.2015. Tetapi saya menolak kerana kasihankan suami tinggal sendirian walaupun suami pernah juga menanyakan perkara yang sama. Dan keletihan yang menjadi-jadi membuatkan saya memutuskan hujung minggu seterusnya (mulai 28.11.2015) saya mahu terus menginap di rumah mak.  Pagi 23.11.2015 (Isnin), saya terjaga pukul 3 pagi dan terasa ada sesuatu keluar. Sehingga hampir 4 pa...

168 - 37 MINGGU

Bismillahirahmanirrahim Semalam appointment di Klinik O&G Hospital Melaka. Gigih la berjalan dari parking Masjid Al Azim. Pergi bersendirian memang situ je lah tempat parking saya. Scan kali akhir ini, saya bertanya juga gender anak dalam perut ni. Doktor kata XX. Sambung dengan kot.. Ah saya tak kisah pun. Masa keluar dari pintu besar hospital, seorang pengawal keselamatan menegur saya. Katanya 'anak XY tu'. Saya senyum dan balas 'XX mungkin'. Dia sambung 'eh tak lah, XY tu'. Saya senyum dan berlalu berhati-hati. Kalau cakap pasal gender , ramai bagi pendapat berbeza termasuk warga emas. Ya lah, orang analisis berdasarkan bentuk perut dan pengalaman. Tidak apalah. Yang sangat penting pada saya, Allah permudahkan kelahiran. Lahirnya selamat, fizikalnya sempurna dan sihat.  Dah 37 minggu bawa perut memang meletihkan. Selesai appointment dekat pukul 3.00 petang. Dengan panasnya nak menapak ke masjid. Solat zuhur pun memang 3 lebih terkedek-kedek p...

167 - RESEPI MUDAH - KEK BATIK

Bismillahirrahmanirrahim Ni nak kongsi satu lagi resepi. Resepi kek batik untuk kudapan seisi rumah. Kalau digoogle banyak versi resepi. Tapi yang penting bagi saya MUDAH dan sedap.  Bahan-bahan yang diperlukan: Bahan A 1 buku mentega 1/2 cawan susu pekat 2 cawan milo 1 peket biskut marie (patah-patahkan dahulu) Bahan B - topping (optional) 1 bar coklat putih/ hitam  2 sudu mentega 1/2 cawan susu pekat   Cara - cara memasak : Untuk bahan A Cairkan mentega dalam kuali/periuk menggunakan api yang kecil. (Saya prefer untuk potong-potong mentega terlebih dahulu sebelum hidupkan api. Sebab lebih cepat cair dan kurangkan risiko hangit kot terleka) Campurkan su su k e dalam mentega. Masuk kan milo ke dalam campuran mentega + susu tadi. Masukkan biskut dan kacau sebati. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan mentega. Untuk bahan B Masak campuran bahan B di atas dapur ( double bo iling ) sehingga cair dan seb...

166 - RESEPI MUDAH - PUDING JAGUNG

Bismillahirahmanirrahim Rajin benar update resepi. Update dalam blog ni adalah sebagai rujukan peribadi sebenarnya. Tak rajin nak menyalin dalam buku resepi.  Resepi ni sebenarnya saya cedok dalam sharing Facebook . Saya pun tak ingat siapa kalangan kenalan FB yang share resepi ni apatah lagi tuan punya resepi. Jadinya tak dapat nak bagi kredit kepada pemunya resepi. Bahan-bahan diperlukan : Bahan A  2 1/2 cawan air 1 cawan tepung kastard Bahan B 1 cawan jagung dalam tin (dikisar terlebih dahulu) 1 cawan susu cair/susu segar (Masa hari kejadian saya guna susu segar, kebetulan ada stok dalam peti ais) 1/2 cawan gula pasir (kalau guna susu segar up to 3/4 cawan gula) (Memandangkan saya guna sepenuhnya jagung tin tu, sukatan susu/tepung kastard/gula/air saya ikut ukuran tin jagung) Cara-cara memasak : Campurkan bahan A, tepung kastard + air ke dalam periuk dan kacau sebati sampai hilang ketulan tepung . (Masa ni tak payah hidupkan api lagi) Kemudi...

165 - RESEPI MUDAH - KEK COKLAT

Bismillahirahmanirrahim Kata kawan saya nak buat kek sedap kena try and error . Saya pernah cuba beberapa resepi . R esepi yang menjadi dan kena pada tekak saya ialah resepi kek coklat yang saya cilok dari blog Namee Roslan dan tidaklah saya ikut 100%. Saya ubah ikut kesesuaian. Resepinya mudah. Bagi amatur macam saya, memang saya cari resepi yang mudah sahaja. Bahan-bahannya ada 11. Asingkan kepada 3 bahagian. Bahan A : 1 1/4 cawan tepung gandum 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh soda bikarbonat Bahan B : 1 cawan serbuk koko (suka hati nak guna jenama apa) 1 cawan minyak masak ( alternate dengan butter pun boleh - kalau butter cairkan dahulu anggaran dalam setengah @ 125g butter ) 1 cawan gula perang ( alternate gula pasir) 1 cawan susu kotak 1/2 cawan susu pekat manis Bahan C :  3 biji telur 1 sudu teh esen vanila Topping - Bahan D :  1 sudu butter 1/2 coklat bar 1/2 cawan susu pekat  CARA - CARA MASAK : Ayak semua bahan A serenta...

164 - IKIMfm

Bismillahirahmanirrahim Saya bukan pendengar radio yang setia untuk mana-mana channel. Ada slot-slot tertentu dalam radio tempatan yang saya suka. Awal 2010 saya rajin mendengar celoteh Datuk Aznil dan Din Beramboi (arwah) dalam segmen mengarut yang saya lupa apa tajuknya. DB - pelawak yang ada kelas tersendiri. Biarpun saya melayan juga Maharaja Lawak Mega atau Super Spontan, tapi pada saya belum ada pelawak yang mampu menandingi lawak selamba dengan mimik muka tiada perasaan arwah. Ramai pelawak masa kini, melawak tetapi ketawa sendiri. Normally , saya hanya mendengar radio ketika di dalam kenderaan. Sekiranya saya menjadi pemandu, saya akan memilih radio IKIMfm. Balik kerja memang IKIMfm menjadi pilihan sejak 2011. Pergi kerja adakala melayan sketsa Johara atau kembali ke IKIMfm. Itu je kot yang menarik hati. Antara yang saya suka tentang DJ IKIMfm, tentang kelunakan dan kepetahan mereka berbicara. Saya paling suka suara Norhayati Paradi. Cuba bandingkan dengan radio lain, pen...